Tunku juga terlibat dengan Rundingan Baling yang melibatkn Tunku sendiri bagi pihak kerajaan dan Chin Peng bagi pihak Parti Komunis Malaya (PKM).

Gambar adul oral-50

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA : BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA PENGENALAN Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970.

Beliau juga turut dikenali dengan panggilan “Tunku” serta digelar dengan gelaran sebagai ”Bapa Kemerdekaan” dan ”Bapa Malaysia”.

Melalui usaha tersebut, beliau telah mendapat sokongan dan kerjasama dari semua kaum.

Ianya dapat dilihat dengan wujudnya sebuah Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO dan MCA pada 1952.

Beliau perlu memastikan ketuanan masyarakat Melayu terjamin, disamping memastikan masyarakat Cina dan India menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka.

Pada tahun 1951, UMNO telah mengorak langkah dengan memasuki era baru apabila Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Dato’ Onn Jaafar.

Usaha beliau tersebut telah menampakkan hasil apabila beliau telah menandatangani perjanjian kemerdekaan di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956.

Rentetan dari peristiwa itu, Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan kemerdekaan dari pihak British.

Rombongan merdeka tersebut telah sampai ke London pada 14 Januari 1956.